Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Markas Briged ke-31 Infantri pindah ke Bintulu Jun tahun depan 

    KUCHING, 27 DIS – Markas Briged ke-31 Infantri Malaysia yang kini berada di Sibu dijangka berpindah ke Bintulu pada Jun tahun depan.

    Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata pihaknya juga telah mengenal pasti lokasi serta bangunan yang bakal menempatkan Briged ke-31 di Bintulu nanti.

    Beliau berkata keputusan pemindahan markas itu dibuat setelah mengambil kira keberadaan Briged ke-9 yang turut berada di kawasan Sibu.

    “Rumah buat keluarga anggota juga sudah kita kenal pasti. Saya yakin apabila proses semua telah selesai menjelang bulan Jun tahun depan, Markas 31 Briged akan berada di Bintulu.

    “(Buat masa ini) Kita tidak akan bina bangunan baharu (untuk markas tersebut) tetapi menyewa bangunan di sana (Bintulu),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri acara Pemakaian Pangkat Perdana di Kem Muara Tuang di sini hari ini. 

    Sementara itu, ditanya mengenai situasi keselamatan di Sabah dan Sarawak terutamanya di kawasan sempadan, Zamrose berkata situasi pada masa ini adalah selamat dan pihak Tentera Darat bersedia mengambil sebarang tindakan sekiranya diperlukan. – Bernama

    Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain menyempurnakan acara Pemakaian Pangkat Perdana Anggota Lain-lain Pangkat Rejimen Sempadan di bawah naungan Briged ke-31 Infrantri Malaysia di Kem Muara Tuang kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda