LONDON, 27 Feb – Peruncit United Kingdom (UK), Marks and Spencer hari ini mengumumkan perjanjian bersama pasar raya online Ocado untuk menghantar makanan M&S ke rumah-rumah secara langsung, ketika para pelanggan semakin beralih kepada beli-belah dalam Internet.
M&S yang sudah pun menjual pakaiannya secara online dan sedang menutup kedainya telah membeli 50 peratus perniagaan runcit Ocado UK sekitar AS$994 juta, kata kedua-dua syarikat itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Saham London.
Usaha sama itu akan dikenali sebagai Ocado.com.
Produk makanan jenama M&S akan dijual secara online pada September 2020 berikutan pembatalan perjanjian serupa Ocado bersama kumpulan pasar raya UK, Waitrose.
“Saya sentiasa percaya yang makanan M&S boleh dan seharusnya dijual online,” kata ketua eksekutif Marks and Spencer, Steve Rowe berkata hari ini. – AFP
