MILAN, 30 Sept – Ketua eksekutif Juventus, Giuseppe Marotta semalam mengesahkan dia akan meninggalkan juara Serie A itu pada bulan depan selepas lapan tahun di Turin.
“Kelab tersebut membawa pembaharuan yang luas. Mandat saya sebagai ketua eksekutif berakhir pada 25 Oktober dan senarai–senarai ahli lembaga, yang akan diperkenalkan esok, tidak akan melibatkan nama saya,” kata Marotta dalam satu kenyataan.
Marotta, 61, adalah salah seorang arkitek kejayaan kelab itu baru –baru ini, dengan tujuh gelaran Serie A, empat Piala Itali dan menamatkan tangga kedua sebanyak dua kali dalam Liga Juara-Juara.
“Saya menilai kedudukan saya bersama dengan presiden kelab dalam masa beberapa hari. Saya memiliki lapan tahun yang indah di sini, penuh dengan kejayaan dan Juventus akan terus berada di hati saya.”
Marotta, sementara itu mengetepikan dia adalah calon bagi jawatan presiden FA Itali.
“Saya boleh dikecualikan dalam laporan bahawa saya calon Presiden FIGC. Ia bukanlah satu pengalaman yang menarik minat saya,” dia memberitahu televisyen Itali.
Jurulatih Massimiliano Allegri berkata dia terkejut mendengar pelepasan Marotta selepas kelab itu menewaskan Napoli 3-1 semalam untuk melanjutkan pendahuluan mereka kepada enam mata di tangga teratas Serie A.
“Sejujurnya, saya tidak tahu apa untuk dikatakan, kerana ini berita bagi saya juga,” kata Allegri.
“Dia membangunkan Juve bersama dengan pengarah lain untuk mencipta pasukan yang menang.
“Pengarah akan dirindui, tetapi kami perlu mengganti ketiadaannya.” – AFP
