Friday, January 3, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Marquez raih petak pertama GP Austria

    SPIELBERG (Austria), 13 Ogos– Juara dunia, Marc Marquez menyambar petak pertama saingan MotoGP, Grand Prix (GP) Austria di hadapan pasangan pelumba Ducati, Andrea Dovizioso dan Jorge Lorenzo.

    Selepas memenangi dua GP sebelum ini, juara tiga kali Marquez, kini mendahului 14 mata dalam carta MotoGP berbanding Maverick Vinales yang menduduki tangga keempat dalam sesi kelayakan, manakala rakan sepasukannya di Yamaha, Valentino Rossi, di kedudukan ketujuh.

    Ini adalah petak hadapan ketiga berturut-turut buat pelumba Sepanyol itu yang dibelenggu masalah mekanikal dan juga isu tayar pada awal musim.

    Marquez mencatat kepantasan 1 minit 23.235 saat untuk menewaskan Dovizioso dengan kelebihan 0.144s bagi meraih petak hadapan ke-41 dalam 70 kariernya di GP.

    Marc Marquez bersaing dalam sesi pemanasan sebelum perlumbaan Grand Prix MotoGP Austria di Red Bull Ring di Spielberg, Austria pada 13 Ogos 2017. – AFP
    Marc Marquez bersaing dalam sesi pemanasan sebelum perlumbaan Grand Prix MotoGP Austria di Red Bull Ring di Spielberg, Austria pada 13 Ogos 2017. – AFP

    Pelumba berusia 24 tahun ini yang sedang memburu kemenangan hatrik pernah menjuarai GP Amerika Syarikat pada permulaan awal musim ini.

    Kini, dia tampak lebih selesa dalam saingan MotoGP selepas bergelut di awal musim yang pernah menyaksikannya berada di kedudukan keempat sehinggalah ke GP Belanda pada Jun, apabila ketinggalan di belakang Vinales, Dovizioso dan Rossi.

    Namun sejak GP Jerman pada Julai lalu, Marquez semakin menunjukkan peningkatan dalam saingan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda