Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Marquez tawan Jerez

    JEREZ DE LA FRONTERA, 6 Mei – Juara dunia Marc Marquez dari Sepanyol muncul juara perlumbaan MotoGP Sepanyol di litar Jerez, hari ini.

    Pelumba pasukan Repsol Honda menguasai perlumbaan dari awal hingga akhir dengan menamatkan saingan di depan dua rakan senegara, Alex Rins dari pasukan Suzuki dan Maverick Vinales dari pasukan Yamaha.

    Marquez tiba di garisan penamat selepas menyelesaikan perlumbaan dengan catatan masa 41 minit 8.685s diikuti Rins (41m 10.339s) dan Vinales ( 41m 11.128s).

    “Tekanan dari segi mental lebih sukar daripada fizikal,” kata Marquez.

    Sementara itu, pelumba pasukan Petronas Yamaha-SRT, Fabio Quartararo yang berjaya mencipta sejarah selaku pelumba termuda bermula dari petak utama tetapi gagal menamatkan perlumbaan dan terpaksa menarik diri pada pertengahan perlumbaan akibat masalah tuil penukar gear.

    Rakan sepasukan Quartararo, Franco Morbidelli yang memberi tekanan kepada Marquez pada 10 pusingan awal pula tercicir dan menamatkan perlumbaan dengan selesai di tempat ketujuh.

    Pelumba Malaysia, Hafizh Syahrin dari pasukan Red Bull KTM Tech3 berada di tempat ke-19 dengan mencatat masa 41m 59.253s. – AFP

    Marquez meraikan kejayaan di atas podium setelah berjaya menakluki Litar Jerez, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda