Tuesday, February 25, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Marquinhos emosi di Paris

    PARIS, 8 Nov – Pemain pertahanan Brazil dan Paris Saint-Germain, Marquinhos mengakui bahawa dia merasa ‘sangat emosi’ selepas berlatih denganrakan sepasukan antarabangsanya di Parc des Princes semalam menjelang perlawanan persahabatan menentang Jepun.

    Skuad Brazil menggunakan kelab Paris sebagai ibu pejabat mereka sebelum menuju ke Lille bagi perlawanan persahabatan antarabangsa.

    “Ia sesuatu yang lain untuk membawa rakan sepasukan antarabangsa anda ke sini,” kata pemain berusia 23 tahun itu, yang sudah mempunyai 21 kap bersama negaranya.

    Marquinhos (kiri) dan rakan sepasukannya di PSG dan Brazil, Neymar ketika menjalani sesi latihan di Paris menjelang perlawanan persahabatan menentang Jepun. – AP

    “Saya begitu teruja untuk menerima mereka di sini meskipun terdapat beberapa orang pemain Brazil bermain di Paris,” kata Marquinhos, salah seorang daripada empat pemain PSG, termasuk Neymar, Dani Alves dan Thiago Silva, yang disenaraikan dalam jurulatih pasu-kan kebangsaan Tite.

    “Kembali ke sini bersama pemain-pemain adalah sesuatu yang menarik, saya merasakan sedikit emosiaonal berlatih dengan Brazil di Parcs des Princes,” tambahnya.

    Juara Piala Dunia sebanyak lima kali itu akan menentang Jepun sebelum berdepan England di Wembley pada selasa depan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda