Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Marsch pengurus baharu Leeds

    LONDON, 1 MAC – Pasukan Liga Perdana Inggeris yang sedang bergelut Leeds mengumumkan Jesse Marsch dari Amerika Syarikat (AS) sebagai pengurus baharu mereka sehari selepas memecat Marcelo Bielsa.

    Bekas pengendali RB Leipzig berusia 48 tahun itu tiba di Leeds ketika kelab berkenaan berada dua mata di atas zon penyingkiran.

    Kelab berkata, Marsch dilantik dan kini ‘menunggu pelepasan antarabangsa’ dengan kontrak perjanjian sehingga Jun 2025 dan akan mengambil alih perlawanan liga Sabtu ini di Leicester.

    “Kami mempunyai rancangan jangka panjang dan sangat percaya bahawa beliau boleh membawa Leeds United ke peringkat seterusnya dan berasa teruja dengan apa yang akan berlaku pada masa depan,” kata pengarah bola sepak Victor Orta.

    Leeds Leeds menghadapi masalah selepas Bielsa mengalami lima kekalahan dalam enam perlawanan terakhirnya.

    Mereka melepaskan 20 gol dalam lima perlawanan terakhir termasuk tewas 4-0 di laman sendiri kepada Tottenham pada Sabtu yang menjadi perlawanan terakhir buat pengendali itu.

    Bielsa dibelenggu masalah kecederaan membabitkan pemain utama termasuk Kalvin Phillips, Patrick Bamford dan Liam Cooper. – AFP

    Gambar fail menunjukkan reaksi ketua jurulatih AS Leipzig Jesse Marsch semasa perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara UEFA di antara Leipzig dan Club Brugge di Leipzig, timur Jerman. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda