PARIS, 29 OGOS – Marseille memenangi perlawanan pertama di bawah jurulatih baharu Andre Villas-Boas kelmarin selepas menundukkan OGC Nice 2-1 dalam pertandingan tetangga yang digantung pada babak pertama selepas penyokong tegar tuan rumah melaung-laungkan kebencian.
Dimitri Payet memindahkan pasukannya ke tangga ke-13 dengan empat mata melalui sepakan penalti 17 minit sebelum tamat selepas midfield Nice Wylan Cyprien menyamakan jaringan pertama Marseille menerusi Dario Benedetto.
Pemain antarabangsa Perancis itu juga menamatkan permulaan sempurna Nice pada pusingan ketiga musim baharu tetapi pertembungan itu didominasi penggantungan lebih 10 minit oleh pegawai pertandingan ketika sebahagian penyokong melaungkan kata-kata penghinaan.
Pemain kedua-dua pasukan diiringi keluar dari padang pada minit ke-28 berikutan rayuan berulang kali kepada peminat Nice agar menghentikan laungan menghina Marseille.
Peminat juga memaparkan sepanduk homofobik termasuk salah satu yang menyifatkan Marseille sebagai ‘kelab LGBT’.
Laungan kedua yang dicetuskan oleh liga Perancis untuk memadamkan laungan kebencian membingitkan suasana ketika pemain kembali ke terowong untuk menunggu kembali semula menyambung perlawanan yang belum ada jaringan.
Villas-Boas berkata pengadil Clement Turpin melakukan perkara betul menghentikan perlawanan sambil menambah masalah itu melangkau semua batas sosial manakala jurulatih Nice Patrick Vieira berkata perkara itu benar-benar mengganggu.
Menteri Perpaduan Perancis Marlene Schiappa yang mengucapkan tahniah terhadap rasa hormat Turpin kepada bola sepak turut mengecam sepanduk penghinaan daripada penyokong Nice. – AFP
