Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Marseille bangkit kejutkan Nice

    PARIS, 2 Okt – Marseille yang bermain 10 orang melonjak ke tangga ketiga dalam Ligue 1 selepas Lucas Ocampos menjaringkan dua gol dalam perlawanan menarik yang berkesudahan Marseille menang 4-2 di Nice.

    Para pemain menyertai penyokong bagi tepukan selama seminit bagi mengingati dua mangsa serangan pisau di Marseille awal Ahad.

    Dalam separuh masa pertama yang menarik, Marseille bangkit selepas ketinggalan dua gol dan mendahului 3-2 memasuki rehat separuh masa.

    Mario Balotelli membuka jaringan dengan tandukan jarak dekat hanya selepas empat minit, sementara Jean Michael Serri menggandakan kelebihan Nice dengan sepakan terbias dari luar petak.

    Ocampos menjaringkan gol pertamanya sebelum perlawanan memasuki setengah jam, menyudahkan dari jarak dekat selepas pertahanan Nice gagal menangani satu hantaran lintang.

    Penyerang Marseille, Lucas Ocampos ketika menjaringkan satu gol dalam aksi Ligue 1 menentang Nice. – AFP

    Lima minit sebelum rehat, Lees-Melou menerima nasib malang selepas memasukkan bola ke gawang sendiri ketika cuba menghadang hantaran lintang Florian Thauvin.

    Dan di minit-minit akhir separuh masa pertama, Nice leka lagi apabila kapten Dante memberikan bola ke pihak lawan dan menyaksikan percubaan Luiz Gustavo ditepis oleh penjaga gol Yoann Cardinale, namun bola yang berada di udara itu ditanduk masuk oleh Ocampos bagi kedudukan 3-2.

    Dua minit memasuki separuh masa kedua, permainan cuai Nice memberikan Gustavo peluang untuk membuat percubaan dan dia tidak mensia-siakannya untuk jaringan keempat Marseille.

    Namun pertengahan separuh masa kedua, Gustavo telah dilayangkan kad merah kerana kekerasan ke atas Lees-Melou.

    Ketika perlawanan berbaki tujuh minit, Mandanda sempat menyelamatkan satu penalti yang diambil oleh Alassane Plea selepas Saint-Maximin dijatuhkan dalam petak. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda