Thursday, February 13, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Marseille dominan, ketepikan drama Evra

    PARIS, 6 Nov – Penyokong Marseille menyatakan perasaan mereka dengan jelas kepada Patrice Evra apabila pasukan itu mengetepikan masalah Eropah mereka dengan membelasah Caen 5-0 dalam Ligue 1 awal pagi tadi.

    Evra, 36, tidak terlibat dalam perlawanan di Velodrome itu setelah digantung oleh kelabnya kerana menyasarkan sepakan karate ke arah salah seorang penyokong kelab sendiri sebelum kekalahan Liga Europa kepada Vitoria Guimaraes.

    Tetapi satu kain rentang pada satu sudut stadium membawa slogan ‘Permainan sudah berakhir’ dalam Bahasa Inggeris, mengejek slogan kegemaran Evra ‘Saya menyukai permainan ini’.

    Satu lagi kain rentang tertulis: “Kami tidak mahu anda dalam warna kami lagi. Evra pergi.”

    Bunyi ejekan juga kedengaran ke atas bekas bek kiri Manchester United dan Juventus itu, yang menerima kad merah selepas insiden tersebut, yang terjadi dalam sesi pemanasan badan sebelum perlawanan di Portugal.

    Pemain tengah Marseille, Florian Thauvian (tengah) merakam rakan sepasukannya dengan sebuah kamera ketika dia meraikan golnya dalam aksi Ligue 1 menentang Caen. – AFP

    Tanpanya Marseille mengganas, melanjutkan rentetan tanpa kalah mereka dalam liga kepada tujuh perlawanan untuk kekal di kedudukan keempat.

    Luiz Gustavo memberikan pendahuluan kepada pasukan tuan rumah sebelum rehat, selepas satu rembatan Florian Thauvin ditepis.

    Thauvin kemudian menjadikan kedudukan 2-0 selepas perlawanan disambung sebelum Morgan Sanson menjaringkan gol ketiga.

    Tetapi Thauvin adalah ancaman sebenar dan pemain sayap itu membuat hantaran lintang untuk ditanduk masuk Kostas Mitroglou sebelum dia melengkapkan kemenangan bagi gol keduanya dalam perlawanan itu.

    “Setentunya sukar untuk mara, tetapi apa yang penting adalah tiga mata,” kata jurulatih Marseille, Rudi Garcia.

    “Sebagai atlet kami hanya mempunyai satu perkara untuk dilakukan, mengekspresikan diri di atas padang, menikmatinya dan mengembirakan penyokong kami.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda