Monday, January 6, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Marseille mampu rapatkan jurang pendahulu liga

    PARIS, 3 JAN – Pasukan bimbingan Roberto De Zerbi, Marseille, yang berada di tempat kedua boleh merapatkan jurang kepada pendahulu Ligue 1, Paris Saint-Germain, apabila mereka menentang Le Havre, Ahad ini.

    Marseille mengekori PSG dengan 10 mata ketika liga Perancis kembali dari rehat musim sejuknya, dan berkongsi 30 mata dengan Monaco.

    Bagaimanapun, pasukan pantai selatan itu bermain kurang satu perlawanan berbanding kedua-dua pesaing utama mereka dan boleh naik ke tempat kedua dengan kunjungan Le Havre hujung minggu ini.

    Skuad De Zerbi kehilangan kutipan mata dengan keputusan seri 1-1 menentang Lille dalam perlawanan terakhir liga, yang menamatkan rentetan tiga kemenangan berturut-turut ketika pasukan itu kembali menyertai perebutan kejuaraan selepas permulaan cemerlang di bawah kendalian pengurus asal Itali tersebut berakhir pada musim luruh.

    “Untuk menjadi pasukan yang baik, kami perlu mengatasi kesukaran,” kata jurulatih Marseille, De Zerbi, selepas pasukannya menewaskan Saint-Etienne 4-0 dalam liga itu pada 22 Disember.

    “Kami mengharungi permulaan musim yang agak sukar di Velodrom, akan tetapi selepas kemenangan kami menentang Monaco dan keputusan seri dengan Lille, jadi saya rasa kami berada di landasan yang betul,” tambahnya. – AFP

    Gambar bertarikh 17 Ogos 2024 menunjukkan reaksi Greenwood selepas menjaringkan gol pertama pasukannya semasa perlawanan bola sepak L1 Perancis di Stade Francis-Le Ble di Brest, Perancis. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda