Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Marseille pertahankan kedudukan dalam liga Perancis

    PARIS, 6 MAC – Pemain pertahanan, Sead Kolasinac menjaringkan gol kemenangan semalam ketika Marseille menewaskan Rennes 1-0 untuk mencatat kemenangan ketujuh berturut-turut di tempat lawan dalam liga Perancis dan mengukuhkan bidaannya untuk bola sepak Liga Juara-Juara musim depan.

    Marseille telah mengalami kekalahan mengecewakan dalam Coupe de France pertengahan minggu menentang pasukan divisyen dua, Annecy, yang diikuti dengan kekalahan 3-0 di laman sendiri menentang Paris Saint-Germain sekaligus mengagalkan harapan mereka untuk memenangi kejuaraan liga. Di tangga teratas, PSG menewaskan Nantes 4-2 pada Sabtu lalu dan mempunyai kelebihan 8 mata ke atas Marseille.

    Juara Perancis sembilan kali itu berjaya melepasi pertahanan kuat Rennes pada minit ke-57 hasil sepakan percuma pantas oleh Valentin Rongier. Cengiz Under mendapat bola di sebelah kanan dan memberikan hantaran silang di sudut belakang Rennes untuk Kolasinac, yang mengunci bola dan menewaskan bekas penjaga Marseille, Steve Mandanda dari jarak dekat.

    Marseille berjaya merapatkan kedudukannya ke atas Monaco dan Lens di tempat ketiga dengan empat mata. – AP

    Pemain Marseille, Sead Kolasinac meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol pembukaan semasa perlawanan bola sepak Liga Satu Perancis antara Rennes dan Olympique Marseille, di stadium Roazhon Park di Rennes, Perancis, semalam. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda