PARIS, 30 Ogos – Pertahanan Tunisia Aymen Abdennour menyertai Marseille secara pinjaman dari Valencia, hari ini.
Kelab Perancis itu berkata, bekas pemain Monaco, Abdennour, 28, kembali ke saingan Ligue 1 selepas dikaitkan dengan spekulasi ke kelab Zenit St Petersburg.
Dia juga sudah melepasi ujian kesihatan dan akan diumumkan sebagai pemain keenam yang diikat Marseille pada musim panas ini, esok.

Selain Abdennour yang berpindah dari Sepanyol ke Perancis, turut mengikuti jejaknya adalah pertahanan muda Barcelona yang dipinjamkan ke Nice, Marlon Santos.
Nice mengesahkan ketibaan pemain Brazil berusia 21 tahun itu namun tidak mendedahkan jangka masa pinjaman Santos di kelab berkenaan. – AFP