PARIS, 30 Okt – Marseille meningkatkan tekanan ke atas bekas jurulatih mereka, Marcelo Bielsa selepas kemenangan 1-0 di Lille semalam yang menyaksikan pasukan dari Argentina itu terkandas di zon penyingkiran Ligue 1.
Pemain midfield Morgan Sanson menjaringkan satu-satunya jaringan dalam perlawanan tersebut pada minit ke lima dalam aksi yang diadakan di Stade Pierre-Mauroy dan pasukan pelawat kendalian Rudi Garcia bertahan untuk menamatkan kemenangan tersebut. OM melonjak di tangga keempat dalam pasukan kelompok teratas Perancis, lapan mata di belakang pesaing dan pendahulu liga, Paris Saint-Germain, sementara Lille kendalian Bielsa masih menghuni dua tangga tercorot dan empat mata dari kedudukan selamat.
Pengurus berusia 62 tahun itu menyertai pasukan tersebut apda akhir musim lalu, dan selepas beberapa penandatanganan yang baru, harapan adalah tinggi di Lille menjelang kempen. Tetapi mereka belum mencatatkan kemenangan di liga itu sejak hari pembukaan musim ini dan berada dalam bahaya disingkirkan buat kali pertama saejak disokong pada tahun 2000.

Bekas pemain midfield Montpellier, Sanson, 23, meledakkan jaringan ketika mendapatkan kelebihan terhadap bebe-rapa kelemahan pertahanan pasukan tuan rumah dalam menyudahkan sepakan bebas Florian Thauvin. Lille bekerja keras tetapi gagal untuk mencipta peluang yang jelas, dengan Ezequiel Ponce melepaskan rembatan di tepi jaringan pada masa tambahan. Awal semalam, kapten pasukan Lyon Nabik Fekir menjaringkan gol menarik separuh masa pertama untuk membawa pasukannya ke tangga ketiga selepas menewaskan Metz yang berada di tangga tercorot dengan jaringan 2-0.
Pemain penyerang antarabangsa Perancis, Fekir, telah mencetak sembilan gol pada musim ini, menerajui serangan Lyon selepas pelepasan pemain penyerang Alexandre Lacazette ke Arsenal. – AFP