Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Marsha tak pernah periksa telefon suami

    Sembilan tahun melayari bahtera perkahwinan, penyanyi Marsha Milan tidak pernah terfikir memeriksa telefon milik suaminya.

    Marsha atau Marsha Milan Londoh, 39, walaupun mengetahui kata laluan telefon suami, dia tidak mahu tindakan itu nanti akan mengundang rasa curiga atau tidak percaya kepada pasangan.

    “Walaupun kami saling tahu kata laluan telefon masing-masing, namun saya tak pernah terfikir nak periksa.

    “Bagi saya, kalau periksa nanti boleh mengundang rasa kurang senang dan tidak percaya di antara pasangan.

    “Bagi kami, kepercayaan antara satu sama lain lebih utama,” katanya kepada mStar.

    Marsha dan suami saling percaya antara satu sama lain. – New Straits Times

    Marsha berkongsi perkara itu selepas majlis perjanjian kerjasama antara Alternate Records & Talents dan Universal Music Malaysia yang berlangsung di Petaling Jaya pada Jumaat lalu.

    Dalam pada itu, Marsha juga tidak terlepas perasaan takut perkahwinannya diuji dengan kehadiran orang ketiga.

    Apatah lagi kata Marsha, isu tersebut semakin menular sejak kebelakangan ini termasuk dalam kalangan selebriti.

    Marsha berkata, sebagai isteri dia hanya mampu berdoa agar rumah tangganya dilindungi daripada anasir tidak baik.

    “Kalau timbul isu macam ini saya takut nak beri pandangan sebab sedar perkahwinan sendiri perlu dijaga.

    “Suami saya seorang family man dan dia banyak menghabiskan masa di rumah. Rasanya saya yang lebih banyak keluar atas sebab urusan kerja.

    “Walaupun suami jarang teman saya ke majlis hiburan, tapi dia sentiasa ambil tahu perkembangan saya dan pastikan kami ada masa bersama,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda