Monday, September 23, 2024
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Marshanda ada sebab tidak mahu kahwin lagi

    Pelakon Marshanda masih belum bersedia menamatkan zaman janda walaupun sudah 10 tahun bercerai dengan bekas suami iaitu Ben Kasyafani.

    Marshanda atau Andriani Marshanda, 34, memberitahu usaha mencari calon suami yang sesuai bukan mudah kerana dia tidak mahu mengulangi kesilapan sama, kongsi mStar.

    Menerusi temu bual podcast Richard Lee, pelakon sinetron itu memberitahu selepas bercerai dia pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki namun kesemuanya tidak menjadi.

    Kata Marshanda, ada di antara mereka yang pernah mengajaknya berkahwin namun dia tidak bersedia kerana kegagalan rumah tangga masih menghantuinya.

    “Bukan tidak ada berkawan dengan orang lain tapi semuanya tidak menjadi sebab saya tidak bersedia dan rasa ngeri untuk kembali berumah tangga,” katanya.

    Dalam pada itu, Marshanda juga memberitahu keputusan terus menjanda kerana memikirkan anak perempuan tunggalnya iaitu Sienna Ameerah Kasyafani.

    Dia tidak mahu jika dia berkahwin anaknya itu rasa terabai dan kehilangan kasih seorang bapa sekali lagi.

    “Saya risau kalau dia hilang kasih sayang jika hubungan saya dengan suami baharu tidak kekal lama. Sienna pula memang tidak dapat kasih sayang bapa sejak kecil,” jelasnya. – Agensi

    Marshanda bersama anak perempuannya iaitu Sienna Ameerah Kasyafani. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda