Monday, September 23, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Marshanda berjaya turun berat badan 20 kilogram

    Penampilan pelakon dari Indonesia iaitu Marshanda yang dilihat semakin langsing mencuri tumpuan peminat.

    Menurut mStar, Marshanda atau nama sebenarnya Andriani Marshanda, 35, berkata dia berjaya menurunkan berat sebanyak 20 kilogram sejak setahun lalu dengan melakukan pelbagai sukan.

    “Alhamdulillah sihat, dulu 76 kilogram, sekarang 56 kilogram.

    “Saya bersukan seperti bermain badminton, pergi gim dan buat pelbagai jenis sukan, selama setahun,” katanya.

    Dalam pada itu, selain bersukan Marshanda mendedahkan dia juga mengamalkan intermittent fasting (IF) bagi menurunkan berat badan.

    Malah aktres itu memberitahu perjalanan IF dilakukan itu pada awalnya agak sukar namun selepas lama-kelamaan perkara itu sudah menjadi kebiasaan.

    “Selain bersenam, saya juga lakukan IF dan tidak makan dari pagi sehingga tengah hari.

    “Mula-mula agak sukar dan saya cuba makan pukul 12 tengah hari. Selepas sudah terbiasa sekarang saya mula makan pukul 5 petang sehingga 8 malam sahaja.

    “Lama-kelamaan perut saya semakin kempis dan sudah biasa makan dalam kuantiti yang sedikit setiap hari,” jelasnya.

    Tahun lalu, Marshanda terpaksa tambah berat badan sehingga memperlihatkan dirinya nampak lebih berisi bagi watak dalam drama bersiri, Induk Gajah. – Agensi

    Marshanda giat bersenam dan amal IF selama setahun untuk menurunkan berat badan. – Liputan6
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda