Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Marshanda didakwa sudah meninggal dunia?

    Tiada angin, tiada ribut… Tiba-tiba selebriti Indonesia Marshanda dikhabarkan sudah meninggal dunia menerusi sebuah video yang dimuat naik sebuah saluran YouTube baru-baru ini.

    Bagaimanapun Marshanda tidak mengambil perkara tersebut terlalu serius dan menganggap individu yang berkongsi berita palsu itu sengaja meletakkan ‘tajuk’ sebegitu hanya untuk menarik penonton.

    Malah, Marshanda tetap mendoakan individu tidak bertanggungjawab itu mendapat apa yang diinginkan dengan menghasilkan kandungan sebegitu dalam YouTube.

    “Innalillah… Ingat! Tajuk content yang ‘super clickbait’ seperti ini tak menganggu hidup saya. Kenapa? Sebab saya doakan agar saluran YouTube dia bertambah tontonan dan pengikut.

    “Tambah duit daripada iklan produk untuk beri makan kepada keluarga,” kata Marshanda.

    Marshanda memuat naik paparan tajuk YouTube tersebut di laman Instagram miliknya dan rata-rata warganet turut mengkritik individu yang menyebarkan berita palsu melibatkan kematian itu.

    Dalam pada itu, Marshanda menganggap kemungkinan individu tersebut tidak mempunyai niat ‘jahat’ dengan melakuan perkara yang dianggap kejam. – Agensi

    Marshanda tidak mengambil perkara tersebut terlalu serius dan menganggap individu yang berkongsi berita palsu itu sengaja meletakkan ‘tajuk’ sebegitu hanya untuk menarik penonton. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda