Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Marshanda pernah dikhianati orang terdekat

    Aktres Indonesia, Marshanda berkongsi kisah titik terendah dalam hidupnya ketika menjadi tetamu di saluran YouTube Helmy Yahya Bicara. 

    Dalam temu bual tersebut, bintang filem Gendut Siapa Takut? itu mendedahkan dia berdepan pelbagai pengalaman pahit termasuk pengkhianatan orang terdekat, masalah kewangan akibat pengurusan selain pergolakan spiritual yang mengubah hidupnya. 

    “Banyak (momen yang menjadi titik terendah saya). Saya dikhianati orang terdekat, semua wang hasil kerja keras bertahun-tahun hilang dibawa lari pengurus, hak saya tidak diberikan,”katanya. 

    Marshanda mengakui kontroversi yang melanda dirinya menutup pintu rezeki dalam bidang lakonan. – mStar

    Marshanda yang popular menerusi drama Bidadari itu turut mengakui tindakannya membuka tudung pada tahun 2014 kerana sedang mencari makna hidup sebenar, namun langkah itu mengundang reaksi negatif dan menjejaskan kerjayanya. 

    “Saya kerja, ramai yang takut untuk ambil saya kerana kontroversi. Tiga bulan saya sepi tanpa kerja dan langsung tiada wang. 

    “Saya sampai diberi tempat tinggal oleh seorang kenalan kerana simpati dengan keadaan saya,” katanya memetik laporan mStar

    Katanya lagi, tekanan hidup bertambah apabila dia dihujani kecaman serta tuduhan berat sehingga menjejaskan emosi dan hak asuh anak. 

    “Ketika itu saya trauma, dikecam satu negara, dipanggil ‘janda sesat’, disuruh ‘mati’. 

    “Orang terdekat juga mengkhianati saya. Itu titik terendah hidup saya,”katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda