Saturday, May 10, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Marshanda kongsi tip untuk pengidap bipolar

    Pelakon dan penyanyi Indonesia, Marshanda adalah antara selebriti Indonesia yang menghidap bipolar. Disebabkan penyakitnya itu, dia akui sering merasa simptom mania dan depresi.

    Sekadar info, bipolar adalah gangguan mental yang bersifat episodik yang dialami oleh seseorang individu. Sewaktu menjadi tetamu bagi saluran Youtube MAIA ALELDUL TV, dia mendedahkan bahawa dia mengala-mi mania dan depresi apabila berhenti mengambil ubat secara tiba-tiba.

    “Setakat ini, saya alami mania dan depresi kalau dalam bipolar. Saya baru alami itu kalau saya secara tiba-tiba berhenti mengambil ubat.

    Selagi saya mengambil ubat dan saya meditasi, doa, dan journaling, saya tidak alami mania-depresi itu,” jelas Marshanda

    Marshanda adalah antara selebriti Indonesia yang menghidap bipolar dan disebabkan penyakitnya itu, beliau akui sering merasa simptom mania dan depresi. – Agensi0

    Pelakon berusia 32 tahun ini memberitahu cara mengatasi bipolar adalah melatih kebiasaan diri sendiri dengan betul.

    “Bipolar itu tidak wujud jika kita merawat diri kita dengan betul. Jika bipolar yang sudah kacau, ia bermakna individu itu tidak merawat dirinya dengan betul,” kata Marshanda.

    Tambah ibu kepada Sienna Ameerah Kasyafani ini, dia telah membina sistem hariannya supaya penyakit tersebut tidak berlarutan.

    “Jadi saya membina sistem, seperti tidur sekurang-kurangnya tujuh jam. Jika tidak cukup, ia boleh menjadi pendek pada keesokan harinya,” jelasnya.

    Selain itu, Marshanda mendedahkan bahawa dia juga menerima segala perasaan sedih yang datang dari fikirannya.

    “Dan bila saya sedih, saya lebih baik jangan memendam, atau melarikan diri, dan menerima. Dan ianya tidak mengapa jika awda menangis atau relapse,” kata Marshanda.

    Marshanda sebelum ini pernah menjalani terapi dadah ketamin selama sebulan di Amerika Syarikat. Jelasnya lagi, tujuan terapi dadah ke-tamin tersebut adalah untuk meredakan depresi yang dialaminya sejak remaja. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda