Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Marshanda luahkan perasaan dengan tarian

    Sering memberi pendedahan mengenai masalah bipolar yang dialaminya, pelakon Indonesia Marshanda kali ini berkongsi cara baharu mengatasi penyakit itu.

    Marshanda menerusi perkongsiannya di akaun Instagram telah memuat naik foto-foto dirinya sedang menari dengan gerakan yang seolah-olah meluahkan emosi.

    Pelakon itu membuat gerakan dengan iringan lagu Hitchin’ A Ride yang dipopularkan oleh Green Day.

    Dia dilihat cuba melakukan gerakan yang membuatkan dirinya berasa tenang.

    Rata-rata warganet berkongsi pendapat yang mana ada yang turut melakukan perkara sama ketika berasa tertekan.

    Namun ada juga beberapa warganet yang meminta Marshanda untuk bersolat dan berdoa daripada berjoget seumpama itu.

    Segelintir warganet membela pelakon itu yang menganggap ibu tunggal itu berhak melakukan perkara yang memberi ketenangan kepadanya. – Agensi

    Marshanda kongsi cara baharu mengatasi penyakit tersebut walaupun ada segelintir warganet yang mengkritik caranya itu. -Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...