KUCHING, 8 MAC – Komuniti Iban harus berbangga serta memartabatkan bahasa ibunda dengan mewajibkan anak-anak mengambil subjek bahasa itu di sekolah, kata Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai. Beliau berkata bagi mereka yang bersekolah di luar bandar, bahasa Iban sememangnya ditawarkan kepada pelajar sebagai subjek tambahan, namun tidak bagi mereka yang tinggal