Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Martabatkan khazanah tulisan jawi

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MAC – Sempena Sambutan Israk Mikraj 1442 Hijrah sekali gus bagi memartabatkan tulisan jawi khususnya kaligrafi Islam, Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (PPKKI-YSHHB) telah menganjurkan Pertandingan Seni Khat Tempatan 2021 yang berjalan selama tiga hari bermula 18 Mac lalu.

    Malis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan telah diadakan di PPKKI-YSHHB, kelmarin di mana hadir hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar selaku ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dan juga pengerusi Lembaga Tadbir PPKKI-YSHHB.

    Majlis menyaksikan Dayang Haifa Firzanah binti Laura Affiezan @Mohd Azizan menjuarai kategori A (bagi peserta berumur 7 hingga 12 tahun) dan Awangku Mohd Ashim Afiif bin Pengiran Haji Mohd Zain muncul bagi kategori B (bagi peserta berumur 13 hingga 18 tahun) dengan kedua-dua pemenang membawa pulang wang tunai $200 setiap seorang.

    Manakala itu, kategori C (bagi peserta berumur 19 hingga 30 tahun) pula telah dijuarai oleh Awang Muhammad Azizi bin Haji Mohd Jamil yang membawa pulang hadiah wang tunai $300.

    Para pemenang tempat kedua dan ketiga bagi setiap kategori juga membawa pulang hadiah wang tunai. Pertandingan berkenaan dihasratkan bagi mengasah bakat dan kemahiran serta memupuk minat dalam kalangan anak tempatan dalam seni khat iaitu bagi memartabatkan tulisan Jawi sebagai khazanah negara yang agung.

    Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang. – Gambar serahan Yayasan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda