Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Martial diberi kata dua

    MANCHESTER, 1 Feb – Anthony Martial perlu bekerja lebih keras untuk mendapat keyakinan pengurus Manchester United, Jose Mourinho bagi membuktikan dia layak bagi mendapat tempat dalam kesebelasan utama Liga Perdana United.

    Penyerang Perancis, Martial, telah ditandatangani dari Monaco pada tahun 2015, telah mengharungi musim yang agak sukar sejak ketibaan Mourinho.

    Martial hanya menjaringkan dua gol liga setakat ini, dan telah menarik banyak kritikan daripada pengurusnya, membawa kepada spekulasi bahawa dia mungkin meninggalkan Old Trafford ketika jendela perpindahan Januari.

    Tidak ada perpindahan terjadi dan Mourinho berkeras bahawa pemain berusia 21 tahun itu akan kekal bersama kelab.

    Martial telah diberikan peluang memulakan perlawanan pada hujung minggu lalu dalam kemenangan Piala FA ke atas Wigan.

    Dia mula menunjukkan permainan yang baik selepas separuh pertama yang teruk, menghasilkan dua asis dalam kemenangan 4-0 United.

    Tetapi ketika Mourinho membuat persiapan bagi perlawanan seterusnya, perlawanan di lama sendiri menentang Hull awal pagi Khamis, pengurus United itu mendedahkan perjalanan Martial masih jauh untuk mendapatkan semula keyakinannya.

    “Dia sudah melakukan secukupnya untuk berada di bangku simpanan,” kata Mourinho.

    “Dia perlu menghasilkan permainan yang lebih baik berbanding pemain lain yang juga bersaing bagi posisi yang sama.

    “Posisinya adalah di mana kami mempunyai banyak pilihan. Adakah anda mahu saya mengetepikan Mkhitaryan selepas dia menjadi pemain terbaik perlawanan dan telah bermain dengan baik? Saya tidak boleh.

    “Pemain memilih diri mereka sendiri. Saya hanya di sini untuk menilai apa yang mereka lakukan dan sedaya upaya bersikap adil dengan mereka. Dengan persembahan yang bagus itu, Mkhitaryan perlu bermain esok. Semudah itu.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda