Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Martial, Rashford benam Burnley

    BURNLEY, 29 DIS – Anthony Martial dan Marcus Rashford menjaringkan gol pada separuh masa kedua mengakibatkan Manchester United naik ke tangga kelima dalam Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-0 ke atas Burnley.

    “Dalam babak separuh masa pertama saya melihat kami bermain dengan cemerlang. Kami mengawal dan menguasai permainan,” kata Solskjaer.

    “Pada babak separuh masa kedua sudah tentu terdapat lebih banyak insiden di dalam kotak D kerana mereka menguasai bola, namun pemain perta-hanan bermain dengan cemerlang.”

    Jika United mencapai matlamat mereka untuk menamatkan saingan di tangga keempat, Martial dan Rashford akan menjadi kunci utama bagi menjaringkan gol bagi the Red Devils dalam beberapa peluang yang jelas.

    “Kami merupakan pasukan yang belum melepaskan banyak peluang, tetapi beberapa perkara asas telah membawa kami jatuh,” kata seorang pemain pertahanan termahal United, Harry Maguire.

    “Mereka masih sangat kuat,” kata pengurus Burnley, Sean Dyche. “Saya tahu mereka tidak konsisten pada musim ini namun kamu tengok barisan para pemain yang mereka ada.”

    Martial menjaringkan gol yang kencang dari luar petak D untuk mencetak gol pertama dalam perlawanan tersebut. David De Gea kembali beraksi dengan cemerlang setelah dia berjaya menepis tendangan kencang daripada pemain Burnley Phil Bardley pada malam tersebut.

    United akhirnya mendapat gol kedua melalui tendangan yang cantik dari James tepat kepada Rashford pada minit-minit akhir memberikan kemenangan terhadap Manchester United 2-0 ke atas Burnley. – AFP

    Reaksi Marcus Rashford ketika meraikan jaringan selepas mencetak gol kedua semasa perlawanan bersama Burnley di Stadium Turf Moor, Burnley, England pada 28 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda