Tuesday, February 4, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Martin Lawrence nafi dakwaan tidak sihat

    Martin Lawrence mengumumkan bahawa dirinya berada dalam keadaan baik, menenangkan peminat sambil menolak khabar angin terkini mengenai kesihatannya.

    Pelakon dan pelawak berusia 59 tahun yang terkenal dengan wataknya dalam filem Bad Boys itu mengesahkan dalam satu wawancara baru-baru ini bahawa beliau berada dalam keadaan sihat selepas video dirinya memegang tangan rakan pelakon, Will Smith semasa tayangan perdana Bad Boys: Ride Or Die di Hollywood minggu lalu menjadi tular.

    Dalam klip video berkenaan, Lawrence kelihatan memegang tangan kiri Smith sambil memperkenalkan bintang Black Knight itu kepada peminat di luar skrin.

    “Ada sesuatu yang tak kena dengan Martin,” menurut kandungan teks dalam video tersebut.

    Sebelum acara di Los Angeles itu, peminat juga menyuarakan kebimbangan mereka di YouTube, di mana mereka memberi komen mengenai wawancara duo Bad Boys yang diterbitkan dua minggu lalu.

    “Saya risau tentang saudara kita Martin,” tulis seorang pengguna YouTube.

    Pengguna YouTube yang lain mengulas,”Martin tidak sihat. Semoga cepat sembuh Marty Mar.”

    Lawrence menolak kebimbangan tersebut Selasa lalu, memberitahu hos radio Hot 97, Ebro Darden, bahawa ‘orang ramai tidak perlu risau’.

    “Saya sihat seperti biasa, hentikan khabar angin,” katanya. – Agensi

    Martin Lawrence menolak khabar angin baru-baru ini mengenai kesihatannya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda