Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Martin menang Vuelta peringkat 3, Roglic terus mendahului

    SORIA, SEPANYOL, 23 OKT – Pelumba Ireland, Dan Martin memenangi saingan sengit peringkat tiga Vuelta a Espana dan kini bersaing dengan pendahulu perlumbaan, Primoz Roglic dengan perbezaan masa lima saat.

    Ketika pelumba pilihan memecut ke garisan penamat, Martin, pelumba veteran memberi tumpuan mengatasi Roglic dan Richard Carapaz, yang menduduki tempat ketiga pada peringkat itu dan ketiga keseluruhan.

    “Kejayaan ini adalah untuk isteri,” kata Martin sebak.

    “Ia adalah kemenangan pertama saya sejak menyertai pasukan baharu,” kata kapten Israel Start Up Nation iaitu pasukan yang akan disertai Chris Froome musim depan.

    “Saya hampir menang tahun ini. Saya benar-benar mahu memenangi peringkat ini untuk pasukan kerana mereka begitu baik kepada saya.

    “Penaja telah menyokong kami semua sepanjang COVID-19. Sylvan Adams dan pemiliknya, Ron Baron, tidak memotong gaji atau perkara seperti itu,” kata Martin, yang memenangi peringkat Vuelta sembilan tahun lalu.

    Martin memimpin pasukan di Tour de France tetapi kerana terjatuh, tidak dapat memberikan cabaran di sana.

    Pasukan Israel yang baharu ditubuhkan baru-baru ini memenangi peringkat lapan di Giro d’Italia menerusi pelumba England, Alex Dowsett. – AFP

    Aksi pelumba dari Ireland, Daniel Martin memenangi peringkat ketiga jelajah berbasikal La Vuelta 2020 di Sepanyol, perlumbaan sejauh 166.1 km dari Lodosa ke La Laguna Negra Vinuesa semalam. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda