Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Martinez azam kerja keras

    BARCELONA, 14 JULAI – Pemain pertahanan tengah, Inigo Martinez berkata dia bersedia untuk bekerja keras untuk Barcelona.

    Martinez yang berusia 32 tahun telah diperkenalkan sebagai pemain baharu Barcelona kelmarin, seminggu selepas dia menandatangani kontrak dua tahun bersama juara La Liga itu. Dia tiba secara perpindahan percuma selepas tamat kontrak dengan Athletic Bilbao.

    Martinez telah menjadi antara pemain pertahanan tengah terbaik dalam liga Sepanyol selama beberapa musim, bermain terlebih dahulu untuk Real Sociedad dari 2011 sebelum dia menyertai pesaing Bilbao, Basque Country pada 2018.

    Seorang pemain kaki kiri, dia boleh menyerang dari belakang dan bersedia secara fizikal di dalam kotak penalti. Dia juga mampu merembat dari jauh. Dia akan menyertai barisan perta-hanan yang diketuai oleh Ronald Araujo, Andreas Christensen dan Jules Kounde.

    “Saya ingin menekankan semangat berdaya saing saya,” kata Martinez apabila diminta untuk menerangkan kekuatannya. “Saya akan bekerja sehabis baik. Saya tahu jenis kelab yang saya telah sertai dan apa yang perlu saya lakukan.”

    Martinez telah membuat 20 penampilan untuk Sepanyol tetapi belum pernah beraksi dalam kejohanan utama. – AP

    Martinez meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol kedua pasukannya semasa perlawanan bola sepak pusingan 16 Piala Copa del Rey Sepanyol antara Athletic Club dan Barcelona di stadium San Mames di Bilbao pada 21 Januari 2022. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda