Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Martinez bantu Inter lonjak ke kedudukan kedua

    CREMONA, 29 JAN – Lautaro Martinez membawa Inter Milan ke tangga kedua Serie A selepas menjaringankan dua gol dalam kemenangan 2-1 ke atas Cremonese, kelmarin.

    Penyerang Argentina, Martinez memastikan Inter bangkit daripada kekalahan di tangan Empoli Ahad lalu dengan gol dihasilkan oleh David Okereke pada minit ke-11 di Stadio Giovanni Zini di Cremona.

    Pemain berusia 25 tahun itu mencatat rekod jaringannya dalam liga untuk musim ini kepada 11 jaringan dan melonjakkan Inter dua mata di atas Atalanta yang di tangga keempat.

    Juara AC Milan, yang menerima kunjungan Sassuolo pada perlawanan pembukaan Ahad sebelum derby Milan hujung minggu depan.

    Skuad kendalian Simone Inzaghi, yang bermain tanpa kehadiran pemain bintang Milan Skriniar dan Nicolo Barella serta Marcelo Brozovic yang masih cedera, ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu liga Napoli menjelang pertembungan malam ini dengan saingan sengitnya Roma di Naples.

    Cremonese kekal berada di tangga tercorot Serie A selepas gagal mencatat kemenangan dalam 20 perlawanan pada musim pertama di liga utama Itali sejak 1996.

    Rekod sepanjang masa perlawanan tanpa kemenangan dari permulaan musim ialah 28, yang dicatat oleh Varese pada 1971/72 dan Ancona pada 2003/04.

    Davide Ballardini mengambil alih kendalian awal bulan ini dalam usaha mengelak penyingkiran kembali ke Serie B, tetapi usaha jurulatih veteran itu tidak menjadi walaupun satu lagi persembahan bersemangat daripada pasukannya.

    Cremonese tewas 12 kali pada musim ini dan sembilan mata daripada zon selamat dengan dua daripada empat pasukan dalam kedudukan terdekat belum bermain hujung minggu ini. – AFP

    Aksi Lautaro Martinez mengawal bola semasa perlawanan bola sepak Serie A di stadium Giovanni Zini di Cremona. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda