Martinez beri kejutan menangi criterium du dauphine

MEGEVE, PERANCIS, 17 OGOS – Daniel Martinez dari Colombia mengejutkan ramai setelah memenangi hari kelima Criterium du Dauphine kelmarin, selepas menamatkan di kedudukan kelima sehari sebelumnya.

Terdapat beberapa pelumba Colombia yang terkenal menyertai perlumbaan itu termasuk juara Tour de France, Egan Bernal, namun beberapa orang dari mereka menjangkakan Martinez mengikut jejak Lucho Herrera untuk menjadi pelumba dari Amerika Latin untuk memenangi perlumbaan pada 1991.

Dalam perlumbaan itu telah dimenangi oleh pelumba Jumbo-Visma dari Amerika Syarikat, Sepp Kuss, berusia 25 tahun dari Colorado yang menamatkan perlumbaan 27 saat di hadapan pesaingnya.

Beberapa orang pelumba pilihan termasuk Egan Bernal dari Ineos dan pesaing utamanya, Primoz Roglic yang menarik diri akibat kecederaan semasa perlumbaan, yang dilihat sebagai latihan Tour de France, tetapi tercemar akibat kejatuhan beramai-ramai pada Sabtu lalu.

Pelumba Perancis, Thibaut Pinot, memulakan peringkat kelima dan terakhir pada Ahad di tangga teratas tetapi dilihat menghempas bekas air ke tanah ketika dia menyedari dia tidak dapat mengikut perlumbaan terakhir.

Tidak ada pelumba dari Perancis yang memenangi Dauphine sejak Christophe Moreau pada tahun 2017.

“Pinot berjuang seperti seekor singa,” kata pengarah perlumbaan, Christian Prudhomme.

“Kami menyangka ia akan dimenangi oleh seorang pelumba dari Colombia tetapi ia dimenangi oleh seorang lagi.

“Kami menjangkakan Egan Bernal atau Nairo Quintana, tetapi kami di sini bersama Daniel Martinez sebagai juara.” Juara percubaan masa kebangsaan Colombia, Martinez dari pasukan American Education First mengatakan bahawa dia telah melangkah ke tahap akhir yang tidak pasti di mana Pinot berada. – AFP