Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Martinez cipta gol kemenangan

    MILAN, 1 OKT – Lautaro Martinez menjaringkan keempat-empat gol ketika Inter Milan membelasah Salernitana 4-0 semalam untuk kekal di puncak Serie A, manakala AC Milan berentap dengan saingan bandar mereka selepas mengatasi Lazio.

    Inter bangkit selepas kekalahan pertama musim ini ketika menentang Sassuolo pada pertengahan minggu, hasil aksi cemerlang Martinez di separuh kedua perlawanan.

    Penyerang Argentina itu melakar gol pertama dengan cemerlang selepas menerima hantaran luar biasa Marcus Thuram dan melepaskan rembatan ke arah penjaga gol tuan rumah, Guillermo Ochoa.

    Sementara gol yang dicetak oleh pemain Salernitana, Mateusz Legowski dibatalkan kerana ofsaid sebelum Martinez mencatatkan gol kedua selepas menerima hantaran silang daripada Nicolo Barella.

    Martinez melengkapkan hatrik pada minit ke-85 menerusi sepakan penalti selepas Thuram dijatuhkan. Dia mencatatkan gol keempat setelah menerima hantaran daripada Carlos Augusto.

    “Saya gembira kerana saya membantu pasukan, itu sahaja yang penting. Ia penting untuk menang apabila semua kritikan ditujukan kepada kami selepas kekalahan kami pada Rabu lalu,” kata Martinez, yang mendahului carta jaringan Serie A dengan sembilan gol.

    “Saya tidak memikirkan tentang gelaran untuk penjaring terbanyak, saya hanya mahu membantu pasukan,” ujarnya.

    Inter kini berkongsi 18 mata dengan Milan, yang sebelum ini mengatasi Lazio yang mengalami kekalahan dengan keputusan 2-0 dan menduduki tempat teratas liga seketika pada hari tersebut. – AFP

    Lautaro Martinez meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol keduanya di stadium Arechi, Salerno, Itali. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda