MILAN, 29 OKT – Penyerang Inter Milan, Lautaro Martinez menandatangani perjanjian baharu semalam, sekali gus mengikat pemain tersebut bersama juara Serie A sehingga 2026.
Ia adalah penandatanganan penting buat Inter, selepas menyaksikan jurulatih Antonio Conte meninggalkan kelab disebabkan kurang gembira tidak dapat membina pasukan yang mampu memenangi kejuaraan dan Inter menjual dua tonggak utamanya iaitu Romelu Lukaku dan Achraf Hakimi.
“Saya sangat gembira untuk kekal bersama kelab untuk beberapa tahun akan datang,” kata Martinez menerusi video yang dimuat naik menerusi akaun media sosial milik kelab. “Jumpa awda di stadium! Forza Inter!”
Martinez menjaringkan 54 gol dalam 144 penampilan untuk Inter.
Penyerang berusia 24 tahun, yang turut mengesahkan kedudukannya dalam skuad kebangsaan Argentina, meledak lima gol dalam sembilan penampilan pada musim ini. – AP