DOHA, 11 DIS – Emiliano Martinez menjadi penyelamat Argentina dalam aksi yang penuh dengan drama selepas menafikan dua sepakan penalti Belanda sekali gus mara ke peringkat separuh akhir Piala Dunia.
Penjaga gol Aston Villa itu jarang diuji sepanjang 90 minit perlawanan selepas Argentina menjaringkan dua gol pendahulu sebelum pemain simpanan, Wout Weghorst menggegarkan gawang Argentina untuk membangkitkan kembali kemaraan Belanda dalam aksi suku akhir.
Argentina tersentak selepas Weghorst menyamakan kedudukan pada minit ke-11 masa tambahan, yang memaksa permainan diteruskan selama 30 minit lagi.
Namun, Martinez merebut peluangnya untuk menjadi wira selepas melompat ke kanan dan menyelamatkan cubaan Virgil van Dijk.
Selepas Messi, yang menggandakan gol kelebihan Argentina selaku pendahulu dengan sepakan penalti, Martinez sekali lagi menhumbankan dirinya ke kiri untuk menafikan cubaan Steven Berghuis.
“Saya merasakan emosinya. Apa yang saya lakukan, saya lakukan untuk 45 juta (warga Argentina) yang sedang melalui krisis ekonomi yang buruk. Berikan kegembiraan kepada orang lain adalah perkara terindah yang berlaku pada diri saya buat masa ini,” kata Martinez. – AFP


