KUALA LUMPUR, 2 Mei – Sistem penerbangan Malaysia, Malaysia Airlines hari ini mengumumkan ia telah mencapai penyelesaian dengan sebuah keluarga dari Australia yang telah kehilangan empat anggota keluarga mereka dalam penerbangan MH17.
Pasangan suami isteri dari Perth, Anthony Maslin dan Martie Norris telah kehilangan anak-anak mereka, Evie, 10, Mo, 12, dan Otis, 8 tahun, bersama-sama datuk mereka pada penerbangan Boeing 777 yang telah ditembak jatuh di Ukraine pada tahun 2014.
Pihak penerbangan itu mengatakan dalam satu kenyataan ia telah mencapai penyelesaian ‘secara persahabatan dan sulit dengan keluarga Maslin dan dengan demikian guaman telah ditarik balik.”
Menurutnya ia tidak akan ‘mendedahkan sebarang butiran selanjut berhubung guaman ini atau tentang butiran penyelesaian dalam menghormati privasi keluarga itu.”
Malaysia Airlines juga berkata sehingga kini, ‘bilangan cukup banyak’ waris dekat telah mencapai penyelesaian dengan pihak penerbangan itu, manakala yang lain ‘masih menuntut pampasan dan meneruskan tuntutan mereka dalam bidang kuasa masing-masing.”
Seorang peguam yang mewakili enam anggota krew MH17 Malaysia Airlines memberitahu AFP, pihak penerbangan itu telah menawarkan untuk menyelesaikan jumlah yang tidak didedahkan pada Jun tahun lalu, namun keluarga-keluarga itu menolak jumlah yang diusulkan itu.
“Terdapat satu lagi tawaran pada Januari lalu dan kami masih menimbangkannya,” peguam Saw Wei Siang berkata hari ini.
Tindakan mahkamah di Malaysia pada Jun tahun lalu muncul dua minggu selepas guaman oleh 33 waris dekat dari Australia, New Zealand dan Malaysia difailkan ke atas Rusia dan Presiden Vladimir Putin di Mahkamah Hak Asasi Kemanusiaan Eropah. – AFP