Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mas Idayu tidak mahu terlalu garang

    Gelagat penyanyi Mas Idayu semasa menjadi juri tetap di program Famili Duo 3 (FD3) menjadi perhatian ramai apabila dilihat lebih lembut dan tidak garang seperti edisi sebelum ini.

    Mas atau Mas Idayu Mesnun, 51, memberitahu ketika ini dia sedang belajar mengawal diri daripada mengeluarkan sebarang komen atau kritikan pedas yang mungkin boleh menggores hati peserta.

    “Saya cuba sebenarnya tapi macam tak jadi sahaja. Tapi bila saya macam itu (lembut) saya nampak macam orang lain sikit.

    “Saya cuba kerana di depan saya itu adalah adik-adik saya semua, jadi saya cuba supaya tidak jadi seperti tahun lepas tak ketara nak menangis semua.

    “Saya tahu bukan semua orang boleh terima kritikan pedas, ada yang tak boleh,” katanya kepada mStar.

    Mas berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas konsert minggu pertama FD3 yang diadakan di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam, Selangor pada malam kelmarin.

    Meskipun sedang belajar mengawal diri, Mas berkata ada kalanya dia mungkin perlu tegas dalam program berkenaan kerana mahu melihat ada perubahan daripada peserta.

    Mas bagaimanapun memberitahu dia hanya akan menggunakan pendekatan berkenaan sekiranya peserta tidak menggunakan nasihat yang diberi dengan betul.

    “Tapi kalau saya jadi diri saya sebenarnya lebih baik untuk mereka tapi kalau saya tak jadi seperti itu takut mereka pula yang sebaliknya.” – Agensi

    Mas Idayu tidak mahu bersikap garang khuatir kritikan pedas gores hati peserta. – m.sinarharian
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda