Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masa berkualiti pelajar, ibu bapa penting

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OGOS – Sebagai usaha meningkatkan kesedaran kepada ibu bapa dan pelajar-pelajar mengenai kepentingan kesediaan mental bagi Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) yang akan datang, Sekolah Rendah Iqra telah menganjurkan Taklimat Motivasi PSR, baru-baru ini.

    Taklimat berkenaan dihadiri oleh murid-murid Tahun 5 dan 6 sekolah berkenan, ibu bapa murid-murid Tahun 6 serta guru-guru.

    Turut hadir ialah Ketua Pentadbiran Sekolah Rendah Iqra, Hajah Maizatul Hasmawita binti Haji Mashud dan Pengetua, Haji Zulkipli bin Haji Ladis.

    Sekolah berkenaan telah menjemput penceramah motivasi yang tidak asing lagi iaitu Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor yang antara lain menyatakan bahawa masa berkualiti bagi murid-murid dan ibu bapa di rumah adalah penting.

    Beliau menekankan mengenai melakukan tanggungjawab harian, sokongan ibu bapa dan keberkatan daripada masakan ibu.

    Terdahulu itu, Haji Zulkipli dalam ucapan alu-aluannya menekankan faktor-faktor penting bagi pencapaian akademik murid-murid dengan menyentuh mengenai inisiatif-inisiatif sekolah dan kepentingan penglibatan ibu bapa.

    Haji Ali Yusri menerima cenderahati yang disampaikan oleh Hajah Maizatul Hasmawita. – Gambar serahan SR Iqra
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda