Tuesday, April 22, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masa depan Fifty Fifty masih samar

    Lebih empat bulan selepas kumpulan K-pop Fifty Fifty mula terkenal dengan lagu hit ‘Cupid’ tetapi masa depan untuk kumpulan itu masih tidak jelas.

    Menurut laporan ANN/Korean Herald, walaupun pengurusan Fifty Fifty pada bulan Mei lalu mengumumkan bahawa kumpulan itu akan melancarkan album dalam masa terdekat tetapi beberapa cabaran yang muncul nampaknya menjadi penghalang.

    Attrakt, agensi Fifty Fifty, mengeluarkan kenyataan akhbar baru-baru ini menyatakan bahawa terdapat percubaan pihak ketiga untuk membelil ahli Fifty Fifty.

    “Kami menemukan bukti bahawa syarikat subkontrak luar mendekati Warner Music Korea untuk menjual kumpulan gadis Attrakt Fifty Fifty,” dakwa agensi itu, menuntut penjelasan Warner Music Korea mengenai perkara ini.

    Agensi itu hari ini berkata bahawa ‘kuasa luar’ yang tidak dinyatakan mendekati artis kumpulan itu dengan niat untuk melanggar kontrak eksklusif mereka.

    “Kami marah dengan percubaan haram ini untuk mencuri keajaiban yang dicipta oleh agensi kecil dan tidak berkuasa seperti kami.” – Agensi

    Lagu hit Fifty Fifty, Cupid telah mencatatkan rekod baru sebagai kumpulan gadis K-pop dengan penyertaan paling lama dalam Carta Rasmi Single teratas 100 British oleh kumpulan K-pop. – The Korea Herald
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda