Saturday, January 4, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masa depan Olmo di Barcelona belum dapat dipastikan

    BARCELONA, 1 JAN – Masa depan Dani Olmo di Barcelona masih belum dapat dipastikan kelmarin apabila La Liga mengkritik ke atas percubaan gergasi Catalan untuk mendaftarkan bintang Sepanyol itu.

    Had perbelanjaan ketat La Liga mengehadkan pendaftaran awal Olmo kepada 31 Disember ini selepas Barcelona menjadikan pemain perancang itu sebagai pemain utama mereka musim panas lalu.

    Kelab itu digesa mencari alternatif untuk mendapatkan Olmo pada masa yang ditetapkan di Sepanyol, setelah kehabisan cara undang-undang untuk melanjutkan pendaftaran hingga 30 Jun 2025.

    Barcelona kelmarin berkata mereka telah meminta lesen baharu daripada persekutuan bola sepak Sepanyol untuk Olmo dan penyerang Pau Victor, yang juga menghadapi masalah pendaftaran yang sama.

    Media Sepanyol melaporkan langkah itu akan menghabiskan masa berharga Barcelona untuk melengkapkan formaliti pentadbiran.

    “Kelab itu menafikan bahawa ia telah meminta atau menerima sebarang lanjutan daripada mana-mana organisasi lain untuk pendaftaran yang diminta,” tambahnya dalam satu kenyataan.

    La Liga mengeluarkan kenyataan sejurus selepas itu mengatakan kelmarin, Barcelona tidak mengemukakan alternatif mematuhi peraturan bajet liga yang membenarkan ia mendaftarkan mana-mana pemain mulai 2 Januari.

    Barcelona telah menyerahkan dokumen kepada La Liga yang menunjukkan ia akan menjana 100 juta euro (AS$103 juta) untuk membiayai pendaftaran Olmo dengan menjual tempat duduk VIP di stadium Camp Nou yang diperluaskan pada masa hadapan, tetapi kertas kerja berjalan perlahan, kata media Sepanyol. – AFP

    Olmo semasa menghadiri sesi latihan terbuka untuk peminat di padang latihan Joan Gamper di Barcelona, pada 29 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda