Sunday, March 16, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masa depan Rooney di MLS

    ORLANDO, 1 OGOS – Wayne Rooney menegaskan masa depannya masih di Liga Bolasepak Utama (MLS) berikutan laporan menyatakan keluarganya kurang selesa di Washington dan mahu dia kembali ke England sebelum kontrak semasanya tamat.

    Bekas penyerang England dan Manchester United itu agak kaget apabila ditanya mengenai berita di England isterinya Coleen menggesanya supaya meninggalkan Amerika Utara apabila kontrak semasanya bersama DC United berakhir pada hujung 2021.

    Rooney yang berada di Orlando menjelang perlawanan persahabatan antara bintang MLS dengan Atletico Madrid awal pagi esok, menyatakan dia sudah mula berusaha mengambil lesen kejurulatihan untuk mengikut jejak langkah jurulatih baharu Chelsea Frank Lampard.

    Penyerang itu menandatangani kontrak tiga setengah tahun pada musim panas lalu susulan perpindahannya dari Everton.

    Namun apabila ditanya jika isterinya memintanya supaya bersara daripada bola sepak demi keluarga, Rooney menjawab, “Adakah itu yang ditulis di media? Isteri saya membuat keputusan sendiri?

    “Laporan itu agak keterlaluan. Saya memberi tumpuan untuk bermain dengan DC United dan cuba membantu mereka layak ke playoff. Saya tidak memikirkan perkara lebih daripada itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda