Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Masa depan salah masih cerah – Jurgen Klopp

    LIVERPOOL, 3 JULAI – Jurgen Klopp mengatakan kelmarin bahawa potensi Mohamed Salah untuk menyinar dalam dunia bola sepak masih cerah selepas bintang Liverpool itu menamatkan spekulasi mengenai masa depannya bersama kelab itu dengan menandatangani kontrak baharu pada Jumaat lalu.

    Perjanjian baharu Salah dilaporkan akan menjadikannya pemain dengan gaji tertinggi sepanjang zaman kelab tersebut dengan AS$425,000 seminggu sehingga 2025.

    Pemain berusia 30 tahun tersebut telah memasuki tahun terakhir kontraknya sebelum ini dengan perbincangan tertangguh mengenai tuntutan gajinya.

    Langkah untuk memberikan Salah perjanjian baharu itu merupakan kunci kepada harapan Liverpool untuk terus berjaya di bawah kendalian Klopp.

    Dalam tempoh lima tahun di Anfield, penyerang Mesir itu telah menjaringkan sebanyak 156 gol dalam 254 penampilan.

    Bintang Liverpool, Mohamed Salah melanjutkan kontraknya bersama Liverpool sehingga tahun 2025. – Xinhua

    “Perlanjutan kontrak ini sangat istimewa bagi penyokong kami. Saya pasti akan ada beberapa sambutan untuk berita tersebut pada malam ini,” kata Klopp dalam laman sesawang Liverpool.

    “Ia ialah keputusan terbaik untuk kami dan keputusan terbaik untuknya. Ini ialah kelabnya sekarang.

    “Saya percaya Mo masih mahu membuktikan kemampuannya di sini.

    Tempoh lima musim pertama di sini telah menjadi satu legenda baginya,” ujarnya.

    Sejak menyertai Roma pada 2017, Salah telah menjadi pemain utama dalam membentuk semula prestasi anak buah Klopp sebagai pesaing bersiri bagi kejayaan domestik dan Eropah.

    Dia menjaringkan gol dalam kemenangan final Liga Juara-Juara 2019 ke atas Tottenham dan merupakan penjaring terbanyak kelab itu apabila mereka memenangi Liga Perdana buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun pada 2020.

    “Saya berasa senang dan teruja untuk memenangi trofi bersama kelab ini. Ia adalah hari yang menggembirakan untuk semua orang,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...