Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masa depan Sanchez masih kabur

    LONDON, 29 Dis – Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui dia sendiri tidak tahu mengenai masa depan pemain bintang Alexis Sanchez.

    Wenger memuji persembahan pemain berusia 29 tahun selepas menjaringkan dua gol untuk membantu Arsenal membenam Crystal Palace awal pagi tadi di mana pengurus Perancis itu menyamai rekod lagenda Manchester United Alex Ferguson dengan 810 perlawanan di bawah kendaliannya.

    Komitmen Sanchez masih menjadi tanda tanya musim ini berikutan kegagalan untuk menyetujui perjanjian dengan kelab utara London itu untuk melanjutkan kontrak di mana akan habis pada hujung musim ini.

    Wenger percaya persembahan pemain di Selhurt Park menunjukkan usaha pemain tetapi jendela perpindahan Januari akan dibuka nanti namun Wenger masih tidak tahu apakah situasi pemainnya.

    Sanchez menjaringkan gol pertama pada minit ke-62 tetapi tidak semua rakan sepasukannya meraikan jaringan itu bersama pemain Chile itu.

    Alexis Sanchez meraikan jaringan gol kedua buat Arsenal ketika perlawanan menentang Crystal Palace di stadium Selhurst Park, London awal pagi semalam. – AP

    “Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku,” kata Wenger.

    “Ia sangat sukar untuk membuat spekulasi. Pada masa ini, kami perlu fokus untuk perlawanan seterusnya menentang West Bromwich Albion Ahad nanti dengan pemain sentiasa komited dan bersedia untuk berjuang.

    “Ia tidak pasti seberapa lama anda kekal. Di mana anda berada, anda perlu melakukan yang terbaik.

    “Saya rasa dia beraksi dengan baik dari minit awal perlawanan, fokus dalam perlawanan.

    Sanchez seorang pemain bola sepak terbaik seperti yang kita tahu. Aksi tersebut yang kami mahukan.”

    Wilshere tersenarai dalam kesebelasan utama untuk keempat kalinya pada tahun ini dan juga tahun terakhir kontraknya dan Wenger percaya dia juga komited dengan Arsenal. Arsenal dan Wilshere mengadakan perbincangan Januari nanti.

    Sementara itu, Roy Hodgson kecewa selepas pasukannya tewas, kekalahan pertama dalam sembilan perlawanan tetapi menarik nafas lega selepas Wilfried Zaha tidak dihukum selepas dilayangkan akd kuning susulan kemarahannya terhadap pengadil Michael Oliver pada separuh masa pertama.

    “Saya rasa Zaha merasakan tidak adil pada separuh masa pertama. Dia terjatuh beberapa kali,” kata Hodgson.

    “Ia sangat sukar bagi jurulatih untuk membuat penilaian adakah pengadil itu betul atau tidak.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda