Adalah satu perkembangan baik apabila semakin banyak restoran dan kafe menawarkan pilihan pembayaran tanpa sentuhan.
Di peringkat serantau, banyak negara telah meninggalkan pembayaran cara tradisional iaitu penggunaan wang tunai, bahkan dalam kalangan peniaga kecil, kad kredit juga semakin kurang diminati.
Sementara itu, di Brunei, kedai serbaneka dan pasar raya masih berpegang kepada cara lama.
Kiosk layan diri adalah langkah ke arah yang betul, tetapi tidak begitu popular.
Mungkin isu ini berpunca daripada kekurangan kempen berskala nasional, seperti pameran bergerak, media dan media sosial untuk meningkatkan kesedaran tentang alternatif digital, terutamanya dalam kalangan warga emas.
Walaupun beberapa kedai kecil membolehkan pemindahan wang, kaedah ini masih kurang praktikal berbanding e-dompet.
Sudah tiba masanya pihak berkuasa mempertingkatkan usaha untuk mempersiapkan rakyat menghadapi masa depan digital yang semakin memuncak.
Dayang Munirah