Friday, February 7, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masak burger guna minyak 100 tahun

    MEMPHIS, 20 DIS – Dyer’s Burgers ialah restoran Memphis popular yang telah menggoreng daging dalam minyak yang sama selama lebih 100 tahun dan menganggap ia adalah rahsia kepada burgernya yang lazat.

    Elmer ‘Doc’ Dyer mengasaskan kedai burgernya pada tahun 1912 yang kini terkenal di Memphis, dengan menggunakan campuran perisa rahsianya untuk menjadikan daging itu membangkitkan selera dan disukai ramai.

    Menurut pemilik semasa Dyer’s Burgers, Kendall Robertson, peristiwa yang berlaku pada suatu malam di mana salah seorang tukang masak terlupa untuk menukar minyak dalam kuali telah membawa tuah apabila keesokan harinya seorang pelanggan mengakui dan berkata ‘itulah burger terbaik yang pernah saya rasai dalam hidup.’

    Sejak kejadian itu, minyak dalam kuali itu tidak pernah ditukar, jadi semua burger masih dimasak menggunakan minyak asli yang menjadikan restoran itu terkenal lebih daripada 100 tahun yang lalu.

    “Ia adalah minyak yang sama dari 1912, ia tidak pernah diubah,” kata Robertson baru-baru ini kepada Southern Living Magazine. “Kami menapisnya dan kemudian memberikan perisa,” tambahnya.

    Dyer’s Burger bermula daripada bebola bulat daging yang ditumbuk dengan tukul kayu sebelum dimasak dalam kuali besi besar yang diisi dengan minyak ratusan tahun restoran itu. Daging nipis itu cenderung mengecut apabila digoreng, jadi kebanyakan orang biasanya meminta dua kali ganda, kadang-kadang tiga kali ganda, kerana satu keping daging tidak akan mengenyangkan mereka. – Agensi

    Daging Dyer’s Burger yang dimasak menggunakan minyak yang sama sejak lebih 100 tahun. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda