Sunday, May 25, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masakan kurang lengkap tanpa halia

    HANYA sebilangan individu sahaja yang mengetahui bahawa perkataan halia merupakan satu perkataan yang diambil daripada perkataan singabera dalam bahasa Sanskrit yang merujuk kepada bentuk tanduk.

    “Singabera dipercayai perkataan asal yang digunakan untuk merujuk halia,” jelas Karina dari Intrafood, yang merupakan sebuah syarikat pemproses halia di Indonesia kepada The Jakarta Post.

    Kebanyakan masyarakat Asia menggunakan halia sebagai salah satu bahan perubatan, pelengkap rasa dan juga amalan kecantikan.

    Di samping itu, halia juga turut digunakan untuk menghilangkan bau kurang enak pada masakan atau inisiatif untuk mengurangkan rasa panas di dalam badan terutama ketika keadaan badan kurang sihat.

    Minyak halia pula dipercayai dapat menyembuhkan demam, melancarkan proses penghadaman dan meningkatkan imunisasi tubuh badan terhadap patogen asing.

    Jus halia juga sering digunakan sebagai minuman herba. – Gambar hiasan

    “Warga Indonesia dikatakan sering membawa minuman halia ketika mengembara ke kawasan yang dingin. Malah ia juga menjadi sejenis minuman pilihan popular bagi masyarakat Indonesia,” jelas Karina.

    Komponen aktif di dalam halia dikenali sebagai gingerols yang berperanan sebagai antibakteria dan bertanggungjawab untuk memanaskan badan sekaligus memberikan keselesaan.

    Setelah diproses, halia tersebut boleh berfungsi sebagai herba anti keradangan, meningkatkan sistem pertahanan badan, melegakan rasa sakit ketika haid dan pelbagai manfaat kesihatan yang lain.

    “Sebagai terapi, walaupun ekstrak halia telah diambil setelah ia dikeringkan namun ia dipercayai tetap memiliki manfaatnya tersendiri malah berupaya untuk bertahan dalam tempoh masa yang lama,” jelas Karina.

    Karina juga percaya bahawa antara halia terbaik yang boleh didapati di Indonesia adalah spesies halia yang ditanam di selatan Jawa yang meliputi kawasan Surakarta di Jawa Tengah.

    Dia juga menjelaskan bahawa walaupun syarikatnya mengusahakan ladang halia secara persendirian namun ada kalanya jumlah yang diperlukan adalah kurang mencukupi dan jalinan kerjasama bersama dengan petani tempatan wajar diteruskan demi memastikan bahawa bekalan yang diperlukan untuk menghasilkan jus halia itu berada pada tahap yang mencukupi.

    “Para petani tempatan memang mengetahui mengenai cara tepat bagi penanaman halia pada skala yang besar sekali gus dapat menghasilkan halia yang berkualiti tinggi,” jelasnya.

    Merujuk kepada kualiti halia di selatan Jawa pula keadaan udara dan tanah memang jelas memainkan peranan penting dalam memastikan hasil yang diterima adalah pada tahap yang memuaskan.

    “Sekiranya ia ditanam pada tanah yang kurang bersesuaian maka ia secara tidak langsung membuatkan halia tersebut kering,” tambah Karina.

    Indonesia memiliki tiga variasi halia yang berbeza iaitu jahe gajah atau halia putih, jahe emprit atau halia Jawa dan jahe merah atau halia merah.

    Halia Jawa memiliki saiz yang agak kecil dan rasa yang agak pedas berbanding halia putih.

    Syarikat Intrafood di Indonesia giat memproses halia dan memasarkannya ke pasaran antarabangsa. – Gambar hiasan
    Bagea Palopo merupakan sejenis hidangan dari Sulawesi Selatan menggabungkan halia dan sagu serta memiliki rasa yang manis.

    “Kebanyakan halia Jawa digunakan sebagai bahan masakan di mana ia ditumbuk sehingga lumat terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam masakan,” jelas Lisa Virgiano, seorang pakar masakan.

    Manakala, halia putih juga digunakan sebagai rempah masakan atau turut diproses menjadi gula-gula.

    Sementara halia merah pula dikatakan kurang popular berbanding daripada dua spesies halia yang lain.

    Menyedari akan kurangnya khasiat pada dua jenis halia tersebut secara tidak langsung turut mengurangkan nilainya dan mendorong beberapa petani turut bermain helah terhadapnya.

    “Ada di antara petani itu akan menuai halia itu dengan lebih awal dengan harapan untuk menjualnya pada harga yang lebih tinggi walaupun hakikatnya ia adalah halia merah,” jelas Karina yang lebih selesa untuk menggunakan halia putih dan halia Jawa dalam pemprosesan herba dan perasa masakan di bawah jenamanya, Singabera.

    Selain dijadikan sebagai herba, halia turut digunakan dalam penyediaan pelbagai masakan Indonesia sama ada hidangan ringan, utama ataupun minuman.

    “Minuman halia bukan hanya sekadar untuk memanaskan badan bahkan juga dijadikan sebagai teh herba atau pun koktel,” jelas Lisa.

    Halia juga sering dijadikan sebagai makanan ringan seperti bagea palopo dari Sulawesi Selatan yang turut menggabungkan sagu dan memiliki rasa yang manis.

    Sementara panada masin di Sulawesi Utara pula menggunakan campuran hirisan tuna.

    Hidangan juga lebih lengkap bersama dengan minuman yang turut mengandungi campuran halia seperti teh masala dan koktel halia yang memang sinonim sebagai hidangan yang disajikan di Asia Selatan.

    Lisa dan Karina bersependapat bahawa halia berpotensi untuk menjadi satu produk berkualiti yang dikeluarkan oleh Indonesia sekiranya ia diproses dengan baik.

    “Kami turut menerima pesanan daripada luar negara terutama bagi produk perasa dan herba teh yang dieksport ke Hong Kong dan New Zealand,” jelas Karina yang berharap agar produk ini berupaya untuk bersaing dengan baik di pasaran antarabangsa. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games https://britefamilydental.com.au/wp-includes/bandarqq/ https://britefamilydental.com.au/wp-includes/dominoqq/ https://britefamilydental.com.au/wp-includes/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/scatter-hitam/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-zeus/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-garansi-kekalahan/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-5k/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-10k/ pkv games