Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masalah banjir di Lebuhraya Pan Borneo disiasat

    KUCHING, 23 JUN – Masalah banjir di Lebuhraya Pan Borneo yang melibatkan Jalan Betong-Sri Aman masih dalam siasatan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

    Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kementeriannya pada masa ini memberi peluang kepada pihak JKR Sarawak untuk menjalankan siasatan terperinci bagi mendapatkan jalan penyelesaian.

    “Selain kaedah meninggikan aras jalan raya, mungkin ada kaedah lain untuk menangani masalah itu.

    “JKR Sarawak masih melihat keadaan di sana, saya sudah mengarahkan pegawai-pegawai yang terlibat melihat langkah yang perlu diambil supaya kejadian tidak berlaku lagi,” katanya.

    Beliau berkata kepada pemberita selepas menerima kunjungan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg ke Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak di kediamannya hari ini.

    Pada 26 Mei lepas, akhbar tempatan melaporkan pengguna Lebuhraya Pan Borneo di KM23 Jalan Betong-Sri Aman terpaksa meredah banjir apabila air Sungai Krang naik mendadak kira-kira jam 8 pagi pada hari berkenaan. – Bernama

    Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika ditemui pemberita di Jalan Cheras pada 9 Jun. Beliau berkata banjir di Lebuh raya Pan Borneo masih disiasat. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda