Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Masalah kekurangan buruh industri perladangan M’sia selesai

    KUALA LUMPUR, 14 MAC – Hampir 80 peratus masalah kekurangan tenaga buruh dalam industri perladangan telah diselesaikan sehingga kini dengan bakinya sedang giat diusahakan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

    Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, bagaimanapun masalah kekurangan tenaga buruh masih kekal mencabar terutamanya di tempat-tempat tertentu, contohnya seperti Sarawak kerana negeri itu tidak menerima buruh dari Bangladesh.

    “Kita sudah hampir selesai (masalah buruh), saya rasa hampir 80 peratus kini telah masuk tetapi cabarannya adalah di bahagian tertentu seperti di Sarawak, kerana mereka tidak mahu menerima buruh Bangladesh untuk bekerja di Sarawak.

    “Jadi, sudah pastinya ia adalah satu cabaran untuk mendapatkan lebih banyak buruh Indonesia untuk masuk tetapi sejauh mana prosedur proses berkenaan boleh dilakukan. Dari segi kelulusan permohonan, hampir 100 peratus telah dicapai,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Projek Sawit Positif Rakyat (Projek P3) di sini hari ini.

    Beliau berkata dari segi kelulusan (kemasukan buruh asing), ia sudah ada, tetapi cabarannya adalah membawa orang dari negara sumber kerana amalan, peraturan dan undang-undang dari negara sumber bukan dalam kawalan kerajaan Malaysia. – Bernama

    Datuk Seri Fadillah Yusof beramah mesra dengan peserta selepas pelancaran Projek Sawit Positif Rakyat (Projek P3), kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...