Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Masalah keluarga bukan untuk perhatian umum

    Semakin ramai pengguna media sosial yang menggunakan platform tersebut sebagai ‘ruang terapi’ untuk meluahkan segala masalah peribadi mereka.

    Namun, apabila perkongsian itu mula mendedahkan aib keluarga, terutama ibu bapa atau mertua sendiri, ia menimbulkan rasa kecewa dan kurang wajar.

    Media sosial sepatutnya menjadi ruang untuk berkongsi pengalaman secara positif atau mencari sokongan, bukan medan untuk memburukkan orang lain.

    Berkongsi keburukan ibu bapa atau mertua secara terbuka bukan sahaja menjejaskan maruah mereka, tetapi juga memberi imej negatif terhadap diri sendiri. Hal ini menunjukkan kurangnya batasan dalam menghormati privasi dan perasaan keluarga.

    Saya memahami setiap orang menghadapi tekanan dan konflik, namun cara menanganinya haruslah bijaksana. Ada banyak cara untuk mencari sokongan atau meluahkan rasa kecewa, seperti berbincang secara peribadi, atau mendapatkan kaunseling.

    Mengekalkan maruah keluarga dan menjaga adab dalam media sosial lebih penting daripada mendapatkan perhatian sementara. Kehidupan keluarga sepatutnya dihormati, bukan dijadikan bahan tontonan warganet.

    Lala

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...