Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masalah kesihatan punca Jimin direhatkan

    SALAH seorang ahli kumpulan Bangtan Boys iaitu Jimin tidak dapat menyertai konsert Wings Tour di Macau yang berlangsung baru-baru ini.

    Menerusi kenyataan agensi Big Hit Entertainment, Jimin mengalami kecederaan pada otot leher dan bahunya kini sedang mendapatkan rawatan lanjut.

    “Kami ingin memberi maklumat bahawa Jimin sedang mendapatkan rawatan dan tidak dapat muncul dalam beberapa persembahan konsert Wings Tour. Baru-baru ini, Jimin mengadu sakit leher dan bahu sebelum turun dari pesawat di Macau.

    “Selepas mendapat rawatan, dia dinasihatkan agar banyak berehat dan kurang bergerak,” ujarnya.

    Jimin tidak dapat menyertai konsert Wings Tour di Macau kerana mengalami kecederaan pada otot leher dan bahunya, kini sedang mendapatkan rawatan lanjut.

    Tambahnya, Jimin tidak mengikut sebarang tarian atau gerakan ketika konsert berlangsung, namun boleh bersama kumpulannya di konsert itu.

    Pihak hospital mahu dia berehat daripada melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan gerakan. Dia akan ikut keseluruhan konsert biarpun tidak dapat berada di pentas,” ujarnya.

    Pihak pengurusan turut meminta maaf atas kesulitan terbabit terutama kepada peminat yang sudah membeli tiket menyaksikan kesemua konsert Bangtan Boys.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda