Tuesday, February 11, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masalah kesuburan kaum lelaki Malaysia membimbangkan

    KUALA LUMPUR, 5 APRIL – Masalah kesuburan kaum lelaki di Malaysia ini berada pada tahap membimbangkan, Dewan Negara diberitahu hari ini.

    Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu berkata ia berdasarkan data ujian analisis sperma makmal Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia (LPPKN) yang mendapati sebanyak 60 peratus menunjukkan keputusan abnormal.

    “Perkara berkenaan secara langsung menyumbang kepada peningkatan masalah kesuburan dalam pasangan berkahwin di Malaysia.

    “Pada masa yang sama kadar kelahiran di negara kita juga menunjukkan trend penurunan sejak 40 tahun lepas dan ia berkait rapat dengan kadar kesuburan dengan data 2021 Jabatan Perangkaan Malaysia yang menunjukkan 1.7 orang anak bagi setiap wanita berkahwin,” katanya.

    Aiman Athirah berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai tentang tindakan kementerian dalam menghadapi penurunan kadar kelahiran di negara ini, pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini.

    Katanya, sebagai langkah produktif kerajaan telah mewujudukan Klinik Kesejahteraan Lelaki yang mula beroperasi Oktober tahun lepas di Klinik Subfertiliti LPPKN di ibu negara dan akan diperluas ke enam lagi Klinik LPPKN di seluruh Semenanjung dan Sarawak tahun ini.

    Klinik itu menawarkan perkhidmatan ujian saringan kesihatan lelaki, khidmat nasihat masalah seksual dan amalan hidup sihat serta rawatan ubatan untuk meningkatkan kesuburan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda