Thursday, April 3, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masalah PSG kian meruncing

    PARIS, 26 OGOS – Paris Saint-Germain kehilangan bintang serangan Edinson Cavani dan Kylian Mbappe susulan kecederaan awal pagi tadi ketika masalah juara Perancis itu semakin meruncing walaupun membelasah Toulouse 4-0.

    Anak buah Thomas Tuchel yang tewas di Rennes minggu lalu, menyaksikan permulaan musim mereka didominasi kemelut perpindahan Neymar. Pemain Brazil itu sekali lagi diketepikan daripada skuad di Parc des Princes berikutan khabar angin perpindahan ke Real Madrid atau kembali ke Barcelona dan Tuchel menyaksikan rangkaian serangannya hancur ketika Cavani dan Mbappe kedua-duanya terhincut-hincut – begitu juga pertahanan tengah Abdou Diallo. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda